HAJAH Bibi Sabariah Bt. Hj. Abang Awet menggunakan nama samaran Beb Sabariah, lahir di Kampung Hulu Pusa Saribas, Bahagian Betong pada 7 November 1949. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pusa Saribas (Darjah 1-4) dan SRK Enche’ Buyong Kuching (Darjah 5-6) dan pendidikan menengah di Madrasah Melayu (dulu dikenali James Brooke Malay College) Tingkatan 1-3, kemudian keseluruhan pentadbiran sekolah tersebut berpindah ke SMK Green Road sehingga mendapat sijil Senior Cambridge tahun 1966.

Memperolehi Diploma Pendidikan Guru dalam jurusan Sains, Muzik dan Matematik dari Maktab Perguruan Rajang, Bintangor (1968-1969), dan Ekonomi Rumah Tangga dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu (1987). Beliau pernah mengajar di SK Semarang, Saribas (sebagai Guru Sandaran tahun 1967), Sekolah Combined Beladin (first posting setelah tamat latihan perguruan)1970-1971, SMB St.Augustine Betong(1972-1973) dan SMK Tun Abang Haji Openg Kuching (1974-1986). Tahun 1988-1994 beliau bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Simpang Tiga selaku Penyelia Sekolah, kemudian bertugas sebagai Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SRB St. Teresa, Kuching dari 1995-2000. Pada tahun sama berpindah pula menjadi Penyelia Petang di SRK Semariang, Petra Jaya, Kuching 2000-2001 dan kemudian menjawat Penolong Kanan Kurikulum sehingga bersara pada tahun 2005. Sepanjang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran beliau juga memegang jawatan Penyelia Ekonomi Rumah Tangga Negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah lagi sehingga ke maktab perguruan dalam genre cerpen, puisi, esei, rencana dan kritikan namun karya beliau hanya mula disiarkan di akhbar tempatan seperti Utusan Sarawak dan akhbar perdana Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu Mingguan (Jawi) dan Majalah Wanita dari tahun 1999 hingga sekarang. Kini ahli KEPEZI, (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan Ahli Jawatankuasa PEKASA (Persatuan Karyawan Sarawak) sejak ditubuhkan tahun 2005, namun menjadi ahli biasa kebelakangan ini.

Pengiktirafan manis bagi beliau adalah apabila menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan 1996, Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak selama tiga kali tahun 2001 (puisi), 2008 (cerpen) dan 2009 (cerpen) dari Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP. Selain itu menerima Pingat Pangkuan Negara dari Yang Di Pertuan Agung pada 27 Januari 2004 di Istana Negara Kuala Lumpur merupakan pengalaman paling manis serta Pingat Perkhidmatan Setia dari Kerajaan Negeri 2003.



Monday, May 26, 2008

Novel TIRANI

Kecantikan ialah naluri semesta;
ia bagaikan suatu kekuasaan yang boleh membuka pintu yang tertutup.
Kecantikan juga ialah tirani yang berumur pendek.

Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Cantik dan cerdik ialah pakej lengkap seseorang yang bergelar wanita. Namun, kecantikan jualah yang menyebabkan berlakunya suatu petaka.
Mengapakah Waheeda yang cantik, cerdik dan berjaya itu tidak bahagia hidupnya ? Apakah yang diinginkan oleh Zahid, suaminya ? Mungkin benarlah kata orang, kecantikan itu takkan kekal lama.

10 comments:

Saiee Driss said...

Bagus. Satu langkah bijak untuk memasarkan novel ini. Tabik kepada yang punya idea.

Izinkan saya selepas ini menghantar data-data kajian sedikit demi sedikit kepada Kak Beb untuk makluman bersama.
Dan kemudian saya hantar rencana daripada kajian itu mengikut kerangka dan topik yang saya pilih dan pernah sebutkan dalam surat kepada Kak Beb sebelum ini.

Yang lain boleh melakukan kritikan atas kritikan saya supaya kita sama-sama maju.

Ini akan menjadi penqanda arah supaya saya menggunakan teknik dan kaedah yang betul dan bertanggungjawab.

Sekali lagi, bagus idea ini. Sekurang-nya ia mewujudkan satu laman kepada saya untuk mengemukakan hasil kajian saya sebelum/selepas dihantar ke media, supaya orang lain boleh melihat bagaimana saya melakukan kerja itu dan menegur saya kalau cara saya kurang mantap.

Bagaimana Kak beb? Setuju?

Wassalam.

Beb Sabariah@ KB said...

Assalamualaikum Sdra SD,
saya amat berterima kasih Sdra sudi membaca dan membuat kritikan tentang TIRANI, apa lagi Sdra menjadi pemakalah dalam Majlis KEPEZI bincang karya pada 7 Jun di DBPKL nanti.
Salam sastera
Beb Sabariah

dollahbajumerah said...

mawar magenta ? mengapa blognya biru?

Saiee Driss said...

Saya dah tunai janji pertama. Rencanaq dah dihantar. Terpulang kepada tuannya nak siarkan di blog atau tidak. Komen saya jujur dan lurus.

tirani said...

Tirani digarap oleh pengarang sebagai suatu kesengajaan dalam memaknakan betapa tiraninya kecantikan itu jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Nyata Waheedamenjadi mangsa kuasa tirani yang ada pada kecantikan yang dicipta melalui pembedahan kosmetik apabila gagal menikmati kebahagiaan sejati dalam perkahwinanannya yang juga singkat usianya- Rosani Hiplee (Bicara Karya DBPCS 22 Mei 2008); Nyata Sdra Rosani mampu menyelami hati pengarang-Salam sastera Beb Sabariah

dahirisaini said...

tahniah kak beb, novel tirani diperkatakan, tahniah juga kerana dapat input blog ni, saya cukup gembira sekali. salam,

Unknown said...

assalamualaikum, kenapa tajuk novel TIRANI??? & apa maksud atau kaitan dengannya. saya batch pertama untuk spm !! tolong please

Unknown said...

dekat mana nak cari sinopsis setiap bab ?

Melati Putih said...
This comment has been removed by the author.
Melati Putih said...

Tersangat memerlukan sinopsis setiap bab bagi memudahkan pelajar yang tidak mampu untuk membeli buku rujukan komsas novel tirani tingkatan . sekian harap dapat membantu kami batch 99 spm tahun ini